5 Strategi Power Jual Rumah Dengan Pantas

5 strategi power jual rumah dengan pantas di kuantan, anda nak jual rumah anda dengan pantas. Mungkin ada faktor-faktor yang mendesak anda untuk jual rumah dengan kadar segera. Banyak kes yang saya biasa jumpa antaranya kena posting kerja, bercerai, nak beli rumah lain, nak langsaikan hutang, dan lain-lain. Anda pun iklankan, dengan harapan cepat jual, tapi akhirnya sepi, tiada panggilan atau WhatsApp dari pelanggan. Sini saya kongsikan 5 faktor utama supaya anda dapat jual rumah dengan pantas.

1) Semak Harga Pasaran Hartanah

Harga pasaran adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan jualan rumah anda. Sebelum menetapkan harga jualan, semak harga pasaran rumah anda dengan penilai hartanah bertauliah. Elakkan membuat anggaran sendiri atau hanya mendengar pendapat jiran. Dokumen yang diperlukan untuk menilai hartanah termasuk geran rumah, alamat, dan gambar rumah. Misalnya, jika harga pasaran adalah RM300,000 tetapi anda mahu menjualnya pada RM350,000, bank hanya akan memberikan pinjaman sebanyak RM300,000. Lebihan RM50,000 akan menyebabkan pembeli terpaksa mengeluarkan wang tunai, yang jarang sanggup dilakukan pembeli biasa. Oleh itu, harga yang terlalu tinggi di luar pasaran akan menyukarkan penjualan.

2) Tetapkan Harga Jualan yang Sesuai

Setelah anda mengetahui harga pasaran rumah, tetapkan harga jualan yang sepadan dengan permintaan. Perhatikan pesaing di kawasan anda, contohnya di platform seperti Mudah.my, untuk menilai harga semasa. Jika pesaing anda menawarkan harga lebih rendah, ia akan membuatkan rumah anda lebih sukar untuk dijual. Oleh itu, pastikan harga jualan anda seiring dengan harga pasaran dan keadaan pasaran semasa.

3) Pastikan Rumah Berada dalam Keadaan Terbaik

Kondisi rumah sangat penting dalam menarik minat pembeli. Rumah yang bersih dan teratur akan memberi keselesaan kepada pembeli semasa melihat rumah. Sebagai contoh, jika terdapat kebocoran di siling, pembeli mungkin akan berasa ragu-ragu untuk meneruskan pembelian. Oleh itu, pastikan rumah anda dalam keadaan kemas, bersih, dan semua peralatan serta sistem paip berfungsi dengan baik. Jika perlu, cat semula dinding yang telah lusuh untuk menaikkan seri rumah.

4) Gunakan Gambar Iklan yang Menarik

Apabila mengiklankan rumah, pastikan gambar yang anda gunakan jelas dan cerah. Gambar yang gelap atau kabur akan menyebabkan iklan anda kurang menarik perhatian pembeli. Jangan lupa elakkan memasukkan gambar yang tidak relevan seperti gambar ahli keluarga atau kenderaan dalam iklan. Gambar rumah yang berselerak juga boleh memberikan kesan negatif kepada pembeli. Sebaiknya, ambil gambar rumah dalam keadaan terang, dengan susunan yang kemas, dari sudut yang terbaik untuk menonjolkan kelebihan rumah.

5) Lantik Ejen Hartanah Berdaftar

Sekiranya anda mahu proses jualan lebih cepat dan mudah, lantik ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman. Ejen yang profesional biasanya mempunyai senarai bakal pembeli dan dapat membantu anda menguruskan segala urusan jual beli. Mereka juga boleh mengatasi isu-isu seperti pembeli yang cuba menawarkan harga yang terlalu rendah. Walaupun terdapat caj profesional sebanyak 3.18% daripada harga jualan, khidmat mereka sangat berbaloi kerana ejen mempunyai rangkaian luas dengan banker, peguam, dan platform pengiklanan.

Kesimpulan

Semoga 5 strategi power jual rumah dengan pantas boleh membanru anda. Akhirnya, segala usaha bergantung kepada rezeki anda. Dengan memastikan harga rumah sepadan dengan pasaran, rumah berada dalam kondisi terbaik, serta menggunakan ejen hartanah berdaftar, peluang untuk menjual rumah dengan cepat adalah lebih tinggi. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam proses menjual rumah anda.

Baca artikel sebelumnya mengenai Rumah Untuk Dijual Di Kuantan.

Perlukan bantuan? Sila Hubungi Hafizal Baderi – Ejen Hartanah di Kuantan melalui whatsapp 

Perlukan Bantuan?
Scroll to Top

Compare