
Rumah adalah tempat kita berteduh dan membesarkan anak-anak. Keluarga yang bahagia bermula dari rumah dan persekitarannya. Bagi anda yang pertama kali ingin membeli rumah, berikut saya kongsikan cara untuk kira kelayakan pinjaman perumahan. Semoga panduan ini membantu anda memiliki rumah impian anda.
Debt Service Ratio (DSR)
DSR, atau Nisbah Hutang daripada Pendapatan Bersih, adalah faktor penting dalam menentukan kelayakan pinjaman. Mari saya beri contoh:
Pendapatan bersih En. Arman adalah RM3,000 sebulan, dan hutang bulanan sedia ada beliau adalah RM1,500. Maka, DSR En. Arman ialah 50% (RM1,500/RM3,000 x 100).
Setiap bank mempunyai had DSR tersendiri. Jika nisbah hutang anda melebihi had ini, permohonan pinjaman mungkin ditolak. Berikut adalah had DSR mengikut pendapatan:
- 60% untuk pendapatan di bawah RM3,000
- 70% untuk pendapatan RM3,000 ke atas
- 75% untuk pendapatan RM7,000 ke atas
Formula kiraan DSR adalah:
DSR = (Komitmen Bulanan + Installment Rumah Baru) / Pendapatan Bersih
Komitmen Bulanan
Komitmen bulanan merujuk kepada hutang sedia ada yang perlu dibayar setiap bulan, seperti bayaran kereta (contoh: RM650 sebulan) dan pinjaman lain. Ini termasuk pinjaman peribadi, kad kredit, PTPTN, ASB loan, dan sebagainya. Namun, hutang dengan adik-beradik tidak diambil kira. Jika kereta atas nama anda tetapi dibayar oleh orang lain, ia masih dikira sebagai komitmen anda.
Installment Bulanan Rumah Baru
Untuk anggaran kasar installment bulanan rumah baru, berikut adalah cara mudah:
Contoh: Harga rumah RM300,000.
- Loan 25 tahun: RM300,000 bahagi 210 = RM1,428
- Loan 30 tahun: RM300,000 bahagi 230 = RM1,304
- Loan 35 tahun: RM300,000 bahagi 250 = RM1,200
Ini adalah anggaran kasar yang cepat dan mudah.
Pendapatan Bersih
Pendapatan bersih adalah pendapatan selepas tolak KWSP, SOCSO, zakat, cukai pendapatan, dan potongan lain. Jika pendapatan anda tidak tetap, seperti overtime atau komisen, puratakan jumlah tersebut sepanjang 6 bulan. Contoh, jika overtime selama 6 bulan berjumlah RM6,000, purata sebulan adalah RM1,000. Daripada purata tersebut, hanya 50% (RM500) akan diambil kira sebagai pendapatan.
Jom Kita Kira
En. Arman ingin membeli rumah berharga RM300,000 dengan installment bulanan RM1,200 untuk 35 tahun. Pendapatan bersih En. Arman ialah RM3,100, dan komitmen sedia ada (bayaran kereta) ialah RM750 sebulan. Maka, DSR En. Arman dikira seperti berikut:
DSR = (Komitmen + Installment Rumah Baru) / Pendapatan Bersih
= (RM750 + RM1,200) / RM3,100 = 62%
Had DSR bagi pendapatan bersih RM3,000 ke atas ialah 70%, jadi En. Arman layak mendapatkan pinjaman tersebut.
Semoga dengan panduan kelayakan pinjaman perumahan sedikit sebanyak boleh membantu anda cara pengiraan yang betul. Jika anda masih tidak faham boleh menghubungi saya melalui borang hubungi disini. atau
Perlukan bantuan? Sila Hubungi Hafizal Baderi – Ejen Hartanah di Kuantan melalui whatsapp


